tafsir ayat-ayat cinta-NYA : SURAH al-AHZAB ayat 9 {Bahagian 3)

Wahai orang-orang yang beriman ! Ingatlah olehmu nikmat ALLAH kepada kamu seketika datang kepada kamu tentera-tentera; maka Kami kirimlah kepada mereka angin dan tentera-tentera yang tidak kamu lihat. Dan ALLAH itu adalah melihat apa yang kamu kerjakan.

(Surah al-Ahzab ayat 9)



Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah olehmu nikmat ALLAH kepada kamu seketika datang kepada kamu tentera-tentera". (Pangkal ayat 9).

Di dalam ayat ini Tuhan rnemperingatkan kembali nikmat dan kurnia ALLAH dan pertolongan besar yang DIA berikan kepada mereka, sebagai hamba-hamba-Nya yang beriman.

Iaitu ketika kota Madinah hendak diserbu oleh AHZAAB , iaitu beberapa golongan yang telah bersekutu hendak menghancurkan Islam yang baru tumbuh. Mereka datang tentera demi tentera, iaitu pada bulan Syawal tahun kelima dari hijrah Nabi saw menurut hadits yang masyhur.

Menurut riwayat dari Musa bin 'Uqbah terjadi perang Khandaq itu tahun keempat hijriyah.
Asal mula timbulnya maksud hendak menyerbu kota Madinah ini ialah dari kalangan pemuka-pemuka Yahudi Bani Nadhiir yang dahulu dari itu telah diusir Nabi dari Madinah kerana muafakat jahat mereka hendak membunuh Nubi seketika beliau datang ziarah ke kampung rnereka di pinggir kota Madinah.

Sebahagian mereka telah berpindah ke Khaibar. Kerana sakit hati mereka, pergilah beberapa orang pemukanya, di antaranya ialah Salaam bin Abil Haqiq dan Salam bin Misykam dan Kinanah bin Rabi'. Mereka pergi menuju Mekkah menghubungi musyrikin Quraisy, menghasut mereka supaya suka menyerbu ke kota Madinah dan mereka, orang Yahudi, bersedia memberikan bantuan orang-orang dan sokongan harta benda.

Orang Quraisy tertarik oleh ajakan itu dan terus menyiapkan tentera. Lalu utusan Yahudi itu pergi pula kepada Qabilah Arab Ghathfaan. Mereka hasut pula Ghathfaan itu supaya menyerbu Madinah bersama Quraisy , sebab Quraisy sudah siap , Ghathfaan pun menyambut ajakan Yahudi itu.

Quraisy pun keluarlah dengan persiapan yang besar dan mereka keluarkan pula Habsyi-Habsyi yang ada di Mekah dan mereka perlengkapi dengan senjata. Pemimpinnya ialah Abu Sufyan sendiri.

Ghathfaan pun keluar pula dengan perlengkapan besar. Pemimpinnya 'Uyaynah bin Hashn bin Badr. Jumlah gabungan kedua tentera itu sampai sekitar 10.000 orang. Satu penyerbuan yang hebat dahsyat dan dapat menghancurkan, kalau berhasil. Sedang bilangan Kaum ' Muslimin di masa itu belum sebanyak itu.

Maka dengan anjuran dari Salman Al-Farisiy, Rasulullah saw. ' memerintahkan menggali p a r i t di sebelah bahagian Timur kota Madinah, iaitu jurusan yang landai yang mudah dimasuki dalam penyerbuan. Dengan kerja keras p a r i t itu, atau lubang besar dan dalam yang tidak dapat dilompati, walaupun dengan kuda, telah dikerjakan siang malam.

Rasulullah sendiri pun ikut bekerja. Beliau turut menggali tanah dan mengangkutnya, sehingga menimbulkan semangat berlipat ganda pada sahabat-sahabatnya.

Musuh-musuh itu pun datang dan melabuhkan tentera besar itu di sebelah Timur, dekat dari bukit Uhud dan bahagian-bahagian yang lain lagi berlabuh di dataran lebih tinggi.
Sedang kaum Muslimin yang bersiap menghadapi tentera besar itu adalah 3.000 orang dipimpin oleh Rasulullah saw. sendiri. (Ada juga riwayat mengatakan hanya 700 orang).

Mereka menunggu menghadapi musuh dengan membelakangi perbukitan Sala'. Pertahanan mereka adalah parit galian itu, yang memang sukar buat dilalui, baik tentera jalan kaki atau berkendaraan.

Apatah lagi di sebelah atasnya tentera Muslimin siap menunggu siapa saja yang mencuba hendak melalui parit itu. Dan di balik parit pertahanan dan pahlawan-pahlawan Islam yang menunggu segala kemungkinan itu berlindunglah perempuan-perempuan dan anak-anak yang tertanam dalam sekali di jiwa mereka, bahawa mereka akan selamat !

Tetapi di sebelah agak ke Timur lagi dari kota Madinah, di balik bukit Uhud ada perkampungan orang Yahudi dari Bani Quraizhah. Sejak Rasulullah hijrah ke Madinah mereka telah mengikat janji tidak akan membantu musuh jika Madinah diserang dari luar, bahkan akan sama-sama mempertahankannya dan pihak Muslimin pun mem­berikan jaminan akan membela mereka dan tidak akan mengganggu agama mereka.

Mereka mernpunyai benteng yang kuat pula di tempat jtu. Ketika Madinah mulai dikepung, mereka berdiam diri ingat akan janji yang telah diperbuat dengan Rasulullah saw.

Tetapi Huyay bin Akhthab, seorang dari pemuka mereka sendiri yang telah pindah ke Khaibar datang menemui mereka dan membujuk mereka agar memungkiri janji, lalu berpihak kepada tentera sekutu yang telah mulai mengepung akan menyerbu.

Menurut Huyay sekaranglah waktu yang sebaik-baiknya buat menghancurkan Mu­hammad dan Bani Quraizhah mempunyai persediaan tentera 800 orang. Berita akan belotnya Bani Quraizhah itu cepat juga terdengar oleh Rasulullah. Segera beliau utus kepada mereka shahabatnya yang setia dari kalangan Anshar, yang sejak zaman dahulu baik hubungan­ya dengan Yahudi Bani Quriazhah itu, iaitu Sa'ad Bin Mu'adz

Mereka dibujuk supaya jangan belot, kerana bahayanya amat besar. Selama ini mereka dijamin keamanannya oleh Rasulullah saw, dari kaum Muslimin , bertetangga secara baik. Maka kalau mereka khianat, nasib mereka akan sama dengan nasib Bani Nadh-iir iaitu akan diusir habis dari Madinah , tetapi sarnbutan mereka sangat kasar.

Mereka memaki-maki Sa'ad bin-Mu'adz dengan ucapan sangat kurang ajar.

" MAKANLAH ALAT KELAMIN AYAHMU !"

Tetapi perang berhadapan tidak akan dapat terjadi. Tidak ada dari tentera yang 10.000 itu yang sanggup menyosoh masuk parit ! Menempuh itu ertinya hanya mati ! .

Seorang ahli perang tanding di zaman Jahiliyah yang jarang sekali orang -berani menghadapinya, bernama 'Amer bin 'Abd Wadd dari Bani 'Amir tampil ke dekat parit dan bersorak menghendaki lawan, siapa yang berani turun ke bawah untuk berperang tanding beradu kekuatan dcngan pedang atau dengan tombak dengan kaum Muslimin. Di belakangnya mengikuti pula yang lain.

"Siapa berani, ayuh tampil ke muka!", katanya. Nabi rnemerintahkan 'Ali bin Abi Thalib.
Mulanya kedatangan 'Ali hendak berkelahi dengan dia itu dipan­dangnya enteng saja. kerana anak muda! Tetapi setelah dilihatnya kesungguhan 'Ali menentangnya, lalu dihadapinya.
Setelah tikam ­menikam beberapa lama, tombak 'Ali telah dapat menembus dadanya. Kejadian ini bcnar-benar menaikkan semangat kaum Muslimin.

Hampir sebulan lamanya tentera sekutu itu tergendala di luar kota, akan maju tidak bisa kerana adanya khandaq. Akan mundur masih segan kerana masih mengharap kan dapat menghancurkan Muhammad.

Tiba-tiba datanglah hembusan angin dari timur yang sangat keras melanda , sehingga apa saja yang tertegak digu­lungnya roboh. Menghidupkan api pun tidak bisa, sebab selalu dihembus oleh angin keras itu.

Kadang-kadang dibangkitkannya debu ke atas. Khemah-khemah yang ditegakkan dengan kuat, dibongkar habis oleh angin yang keras itu, sehingga segala persediaan menjadi kucar-kacir , makanan tidak dapat dimasak, air tidak dapat direbus ,khemah tidak dapat dipasang.

Dan semuanya itu terjadi pada malam hari. Maka dengan hati, sangat jengkel, Abu Sufyan sebagai kepala, dari tentera Quraisy terus memasang pelana kendaraannya lalu berkata kepada tentera yang dipimpinnya: "Hai Quraisy sekalian ! Tidak ada gunanya lagi kita lebih lama di sini, angin begini kerasnya , segala persediaan sudah rusak , api tidak mau menyala, periuk tidak dapat dijerangkan, khaimah tidak dapat didirikan. Labih baik segera kita berangkat meninggalkan tempat ini , Saya sendiri sekarang juga berangkat!"

Mendengar seruan demikian, yang lain pun segera menurutinya. maka kalahkah mereka sebelum bertempur? Inilah yang disebutkan Tuhan di hujung ayat:


" Maka kami kirimkan kepada mereka angin dan tentera-tentera yang tidak kamu lihat ".

Ertinya ialah bahawa pada masa yang demikian c u a c a telah menjadi salah satu pula yang memberikan pertolongan untuk mencapai kemenangan. Lalu di hujung ayat Tuhan bersabda lagi:


"Dan ALLAH adalah melihat apa yang kamu kerjakan".

Di dalam ilmu perang moden pun masih diperhitungkan oleh General-General yang berpengaIaman dari hal m e d a n dan c u a c a.
Medan dan Cuaca saja tidaklah boleh ditunggu , bahkan ikhtiar sendiri pun harus ada pula.
Itulah tafsir dari hujung ayat bahawa ALLAH pun senantiasa melihat pula bagaimana caranya manusia mengadakan persiapan dan persediaan dalam menghadapi musuhnya. Kita melihat bahawa Nabi saw. telah mengadakan persediaan yang oleh musuh-mu­suh tidak dikira-kira sejak semula, iaitu mengadakan parit pertahanan atau khandaq.

Adanya khandaq itu telah memporak-porandakan rencana penyerangan (strategi) musuh. Mereka yang tadinya menye­diakan perbekalan misalnya untuk seminggu dua minggu, rupanya harus memakan waktu lebih banyak dari yang dikira semula, iaitu hampir satu bulan.

Dan lagi pekerjaan penting yang lain, yang dalam perang pun menjadi bahagian yang tidak boleh diabaikan. Iaitu siasat mengucar ­kacirkan persiapan musuh dengan politik pecah-belah. Sebab sudah nyata bahawa tiga kelompok musuh yang telah bersatu, yang tenteranya tidak kurang dari 10.000 orang, gabungan Quraisy dan Ghathfaan, kemudian menggabung pula Yahudi Bani Quraizhah dengan 800 tentera, bukanlah jumlah yang kecil .

Seorang Mekah bernama Nu'aim bin Mas'ud dengan sembunyi datang kepada Rasulullah menyatakan bahawa dirinya mulai waktu itu telah masuk Islam , namun pihak musuh belum ada yang tahu. Dia meminta titah kepada Rasulullah apa yang dapat dia kerjakan.

Lalu Rasulullah menerimanya dengan gembira , kerana sebagai Rasul Tuhan yang penuh firasat , sudah dapat beliau baca pada wajah Nu'aim bahawa dia memang telah Islarn sungguh - sungguh.
Lalu beliau beri dia arahan. Pertama hendaklah dia rahasiakan bahawa dia telah masuk Islam.
Dia diperintahkan menemui pihak musuh satu demi satu dan berusaha memecahkan perse kutuan mereka .

Nabi bersabda: " Engkau seorang diri , tetapi engkau akan sanggup berbuat banyak , untuk menghancurkan kekuatan mereka. Ingatlah bahawa : PERANG ADALAH MEMPUNYAI BERBAGAI TIPU DAYA ! .

Nu’aim berjanji akan melaksanakan perintah Rasulullah dengan sebaik-haiknya .Maka yang terlebih dahulu di temui nya ialah Bani Quraizhah. Di zaman dia masih Jahiliyah dia mempunyai pergaulan yang baik dengan mereka itu . Sebab itu kedatangan nya dipercayai .

Lalu dia berkata: "Hai Bani Quraizhah! Selama ini kalian sudah tahu hubungan baikku dengan kalian , Mereka jawab: "Memang engkau orang baik. Kami tidak ragu kepada engkau ! ".

Lalu dia berkata: "Quraisy dan Ghathfaan tidak sama keadaannya dengan kalian . Negeri ini negeri kalian . Di sini harta benda kalian dan anak-anak kalian dan isteri-isteri kalian.

Kalian tidak akan dapat memindahkan mereka ke tempat lain. Tetapi Quraisy datang kemari pergi memerangi Muhammad . Lalu kalian berkawan dengan mereka memerangi Muhammad pula. Sedang Quraisy dan Ghathfaan bukan orang sini. Negeri mereka, harta-benda rnereka dan anak isteri mereka berada ditempat jauh , bukan seperti kalian . Kalau Quraisy dan Ghathfaan menang dapatlah mereka mengambil harta-benda Mu­hammad .

Tetapi kalau mereka tidak berhasil mereka akan segera meninggalkan tcmpat ini , sedang kalian akan mereka tinggalkan menghadapi sendiri Muhammad yang telah kalian musuhi itu .
Kalau demikian jadinya tidaklah kalian akan sanggup menghadapi Muhammad .
Sebab itu dengan jujur saya nasihatkan kepada kalian supaya meminta jaminan dari bangsawan bangsawan mereka , minta kirimkan anak-anak muda mereka kepada kalian , sebagai jaminan bahawa jika perang dengan Muhammad mereka tidak akan meninggalkan dan mengecewakan kalian".

Saran Nu'aim itu rupanya termakan oleh mereka dan mereka berkata: "Apa yang engkau sarankan itu tepat sekali."

Setelah itu dia menarik diri dari Bani Quraizhah dan pergi menemui Quraisy. Lalu dia berkata kepada Abu Sufyan dan orang-­orang yang dikelilingnya, seraya berkata: "Kalian sudah kenal bagai­mana baik hubungan saya selama ini dengan kalian , dan bagaimana pula saya menjauhkan diri dari Muhammad. Sesungguhnya saya sudah mendengar suatu berita penting yang saya merasa wajib menyampai­kan kepada kalian , sebagai nasihat jujur. harap saja kalian rahsiakan pula.
Mereka jawab : "Akan kami simpan rahsia itu !"
Dia teruskan: " Kalian harus tahu bahawa orang-orang yahudi itu rupanya sudah rnenyesal tentang perbuatannya memungkiri janji dengan Muhammad .

Mereka telah mengirim utusan kepada Muhammad menyatakan mereka menyesal atas perbuatan khianat itu. Mereka menawarkan kepada Muhammad: "Tanda kami telah menyesal , sudikah tuan menerima jika kami kirimkan orang-orang dari Quraisy dan Ghathfaan sebagai orang tengah ? Supaya dapat tuan potong leher orang-orang itu ? Kemudian kami berganding bahu dengan tuan memusnahkan Quraisy dan Ghathfaan yang masih tinggal?" Muhammad telah menjawab : " Bersedia menerima orang-orang itu jika dikirim".

Lalu Nu'aim berkata seterusnya: "Lantaran itu kalau ada utusan Yahudi mengirim utusan meminta orang-orang tengah sekali-kali jangan kalian beri, walau seorang pun."
Setelah nampak hilang kepercayaan Quraisy kepada Yahudi itu Nu'aim pun melanjutkan siasatnya pula kepada Ghathfaan.

Setelah bertemu , dia pun berkata: "wahai seluruh Ghathfaan. Kalian adalah asal-usulku dari keluarga dekat dan manusia yang paling aku cintai. Saya percaya bahawa kalian tidak akan merasa ragu kepada diri saya."
"Memang, kami percaya kepadamu,” jawab mereka.
Lalu dia berkata: "Ini rahsia besar, simpan baik-baik". Mereka jawab: "Baik!"

Lalu diuraikannya pula perkataan yang dikatakan kepada Quraisy itu , iaitu bahawa Yahudi telah merasa menyesal mengkhianati Muhammad . Tanda penyesalannya dia menjanjikan kepada Muham­mad akan mengirim beberapa orang dr Quraisy dan Ghathfaan untuk dipotong leher mereka oleh Muhammad. Sebab itu kalau ada Yahudi itu meminta orang tengah jangan diterima.

Maka pada lima hari bulan Syawal tahun kelima hijriyah itu , dengan taqdir ALLAH Quraisy di bawah Abu Sufyan dan Ghathfaan dibawah pimpinan kepala-kepalanya mengutus 'Ikrimah bin Abi Jahl bersama dengan beberapa orang yang lain menemui Bani Quraizhah. Utusan itu menyampaikan bahawa kami tidak akan lama tinggal di sini kerana persediaan perbekalan sudah hampir habis. Sebab itu mereka mendesak Bani Quraizhah supaya bersedia memasuki medan perang sehingga beres urusan kita dengan Muhammad .
Bani Quraizhah menjawab bahawa pada hari Sabtu mereka tidak mungkin keluar pergi berperang. Kalau kami langgar peraturan kami itu, kami keluar hari Sabtu , kami akan dapat celaka . Hal itu tentu sudah tuan-tuan ketahui. Dan kami tidak akan segera saja masuk ke medan perang kalau tuan-tuan Quraisy dan Ghathfaan tidak memberikan jaminan kepada kami bahawa tuan-tuan tidak akan meninggalkan kami. Jaminan itu ialah orang-orang yang akan dapat kami anggap sebagai orang tengah. Kerana kami takut bila peperangan ini akan mcmbawa kerugian bagi tuan-tuan, maka tuan-tuan akan scgera meninggalkan kami menghadapi sendiri Muhammad itu . Kalau terjadi demikian kami tidak sanggup.

Siasat Nu'aim sangat berhasil . Persekutuan telah pecah. Rasa percaya mempercayai di antara yang bersekutu sudah mulai pecah. Baru sekira tiga minggu saja , pengepungan sudah mulai goyah dan khandaq tidak dapat mereka seberangi .

Musim dingin kian lama kian mendatang. Dingin di Madinah terkenal sampai kepada zaman kita ini. Dingin yang dicampuri oleh hembusan angin keras dari Timur , yang oleh orang Arab disebut angin Shiba .

Dia berhembus di telinga mendenging-denging dan kering , sehingga kulit akan segera pecah-pecah. Mana angin sengit berhembus , mana pula semangat persatuan telah pecah dan satu terhadap yang lain mulai putus karna siasat Nu'aim.

Dalam saat itu pula Rasulullah saw. mendorongkan siasat yang kedua , iaitu membujuk Ghathfaan dan beberapa qabilah dari Nejd menyuruh mereka pulang saja. Untuk mereka akan diberi hadiah kenang-kenangan sepertiga hasil kurma Madinah.

Kerana Rasulullah s.a.w . tahu benar bahawa Ghathfaan ini ikut berperang bukanlah kerana suatu cita-cita yarrg hendak dipertahankan , melainkan kerana ingin mendapat harta rampasan kalau mendapat kemenangan menyerbu Madinah . Sudah dicuba hendak menyerbu ke dalam kota satu kali , namun gagal total kerana waspadanya kaum Muslimin .

2 comments:

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]professional software discount, [url=http://firgonbares.net/]autocad 2005 activation codes[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] software for grocery stores eye candy 5 for mac photoshop cs
purchased software [url=http://firgonbares.net/]problems with windows vista[/url] cheapest anti virus software
[url=http://firgonbares.net/]windows xp service pack 2 free download[/url] buy student software
[url=http://firgonbares.net/]purchase of softwares[/url] microsoft office 2008 student discount
flash software for sale [url=http://firgonbares.net/]adobe lighthouse software[/b]

Anonymous said...

[url=http://vonmertoes.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]filemaker pro 9 hybrid academic, [url=http://vonmertoes.net/]oem software vs[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] windows vista tutorial Pro 11 Mac
adobe creative suite 3 web premium [url=http://bariossetos.net/]oem software net[/url] software product price
[url=http://hopresovees.net/]10 Advanced Retail Price[/url] sales purchase software
[url=http://vonmertoes.net/]adobe photoshop cs4 extended for mac serial number[/url] burn avchd with nero 9
to buy software assurance [url=http://bariossetos.net/]nero 9[/b]