tafsir ayat-ayat cintaNYA SURAH al-AHZAB ayat 10 - (bahagian 4)

Ketika mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari sebelah bawah kamu dan seketika telah kacau-bilau penglihatan dan telah menyenak hati ke kerongkongan dan kamu menyangka terhadap ALLAH berbagai persangkaan.
(Surah al-Ahzab ayat 10)



"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari sebelah bawah kamu"
(Pangkal ayat 10) .

Inilah yang dibayangkan oleh Huzaifah bin Alyaman: "Di dalam itu kami duduk berbaris di tempat pertahanan kami berjaga-jaga. Abu Sufyan di tempat ketinggian di atas kami, Bani Quraizhah di sebelah bawah kami ; yang kami takuti mereka akan menyerang mengganggu anak-anak kami. Malam itu sangat gelap dan angin berhembus keras sekali. Suara angin menderu-deru seperti petir layaknya, sehingga jika diangkat jari-jari ke muka tidaklah akan kelihatan.

Untuk penangkis dingin dan sejuk itu saya menyelimuti badan dengan kain selimut yang diserahkan isteri saya , itu pun tidak sampai penutup lutut. Tiba-tiba datanglah Rasulullah ke dekatku , sedang saya duduk berkelumun kedinginan.

Lalu Rasulullah bertanya: " Siapa ini ? "
Saya menjawab: "Huzaifah !".
Lalu saya bersikap dengan baik di hadapan beliau.
Beliau bertanya sekali lagi : "Huzaifah?"
"Benar, ya Rasul ALLAH!", jawabku.
Lalu beliau menjatuhkan perintah : "Kamu pergi sekarang juga mengintip kaum itu. Selidiki sebaik-baiknya dan bawa khabarnya kepadaku".
"Baik!", jawabku.

Padahal saya sangat ketakutan akan pergi mencampurkan diri ke sana dan saya pun kedinginan.
Lalu Rasulul¬lah menadahkan tangannya ke langit memohonkan perlindungan ALLAH atas diriku. Tiba-tiba hilang takutku dan timbul beraniku. Dan beliau memesankan pula supaya saya berhati-hati jangan berbuat sesuatu yang mencurigakan dan kelak setelah mengetahui keadaan supaya segera kembali .

Saya pun keluar dalam kelam gelap gelita itu menuju tempat berkumpul mereka itu. Saya dapat melihat seorang yang tubuhnya tinggi besar mendekatkan kedua telapak tangannya kepada api unggun yang masih hidup , lalu diusap ke mukanya.

Dia sedang menyampaikan kehendak hatinya kepada pengikut-pengikutnya, bah¬wa penyerbuan ini tidak berhasil , perbekalan sudah habis , lebih baik segera saja pulang ke Mekah.
Melihat dia asyik berkata-kata demikian saya keluarkan anak panah dari kantongnya dan sudah saya sandarkan kepada busurnya , hendak saya panah dia di bawah nyala api itu .

Tetapi saya teringat pesan Rasulutlah, bahwa saya tidak boleh ber¬buat sesuatu sebelum saya pulang kepada beliau memberi berita.Ketika itu saya belum tahu bahwa orang itulah yang Abu Sufyan.Kerana teringat akan pesan Rasulullah saw. itu maka panahku aku kembalikan ke dalam kantongnya , lalu aku beranikan diriku dan aku masuk ke tengah-tengah askar yang banyak itu. Kebetulan aku masuk ke tengah-tengah Banu 'Amir. Sebab tidak lama aku ada di tengah-tengah mereka terdengarlah pemimpin mereka berseru: "Hai Banu 'Amir ! Segera kita berangkat ! Segera kita berangkat! kita tidak dapat lagi berhenti larma-lama di sini ".

Kata Huzaifah selanjutnya: "Memang aku dengar suara angin yang keras bertiup se hingga membangkitkan pasir-pasir dan batu-batu kerikil menimbuni alat-alat per siapan dan hamparan khaimah mereka , bahkan seluruh angin ribut yang keras itu telah memukul mereka."
Setelah melihat keadaan yang demikian , Huzaifah pun kembalilah kepada Nabi saw. Didapatinya beliau sedang sembahyang. Kerana kebiasaan beliau bilamana menghadapi hal-hal yang hebat itu beliau selalu sembahyang lalu memohonkan kurnia dari Tuhan.

Setelah beliau selesai sembahyang sunnat itu, maka Huzaifah pun lalu mendekati beliau dan menceritakan segala yang terjadi, bahwa angin ribut yang sangat keras itulah membuat musuh-musuh itu kacau balau dan mereka mulai meninggalkan tempat itu.

Itulah : yang dimaksud dalam permulaan ayat 10:

"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari sebelah bawah kamu".

Ertinya bahwa musuh telah mengepung dari segala pihak. Iaitu Quraisy yang datang dari sebelah Selatan dan hendak mengepung dari sebelah Selatan, Ghathfaan datang dari jurusan Timur dan Yahudi Bani Quraizhah pun telah belot dan khianat akan janjinya.

"Dan seketika telah kacau bilau penglihatan".

Ertinya ialah bahwa kerana musuh itu telah mengancam dari segala pihak seakan-akan goncanglah penglihatan , kejurusan mana akan dihadapkan perhatian, padahal musuh telah mengepung dari segala pihak. Akan dihadapi yang datang dari sebelah Selatan, yaitu orang Quraisy, namun bahaya Ghathfaan tidak kurang dari itu. Akan dihadapi Ghathfaan dan Quraisy, kalau ¬kalau Bani Quraizhah bangkit pula menyerbu.

Padahal jumlah musuh setelah bergabung tidak kurang dari 10.000 atau 11.000 orang. Sedang kaum Muslimin hanya sekitar 3000 orang saja, mungkin kurang. Itulah yang dimaksud dengan zhaagatil abshaar , iaitu berkacau bilau peng¬lihatan, entah ke mana akan ditujukan.
Sehingga kalau kiranya musuh yang 10.000 itu tergenggam dalam satu komando , mungkinlah hancur pertahanan Madinah waktu itu. Tetapi kelemahan mereka adalah kerana komando tidak satu, dan masing-masing tidak benar-benar percaya mempercayai.

"Dan telah menyenak hati ke kerongkongan".

Inilah kalimat yang tepat untuk menggambarkan rasa panik, kecemasan dan kekacauan fikiran. Iaitu yang terdapat dalam kalangan orang-orang yang bertahan di Madinah itu.

"Dan kamu menyangka terhadap ALLAH berbagai persangkaan".

Pada saat yang demikian itu boleh dikatakan penduduk Madinah mulai panik , mulai kacau fikiran. Timbullah berbagai persangkaan terhadap kepada ALLAH. Ayat yang selanjutnya menjelaskan berbagai macam persangkaan itu…..

BERSAMBUNG….

tafsir ayat-ayat cinta-NYA : SURAH al-AHZAB ayat 9 {Bahagian 3)

Wahai orang-orang yang beriman ! Ingatlah olehmu nikmat ALLAH kepada kamu seketika datang kepada kamu tentera-tentera; maka Kami kirimlah kepada mereka angin dan tentera-tentera yang tidak kamu lihat. Dan ALLAH itu adalah melihat apa yang kamu kerjakan.

(Surah al-Ahzab ayat 9)



Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah olehmu nikmat ALLAH kepada kamu seketika datang kepada kamu tentera-tentera". (Pangkal ayat 9).

Di dalam ayat ini Tuhan rnemperingatkan kembali nikmat dan kurnia ALLAH dan pertolongan besar yang DIA berikan kepada mereka, sebagai hamba-hamba-Nya yang beriman.

Iaitu ketika kota Madinah hendak diserbu oleh AHZAAB , iaitu beberapa golongan yang telah bersekutu hendak menghancurkan Islam yang baru tumbuh. Mereka datang tentera demi tentera, iaitu pada bulan Syawal tahun kelima dari hijrah Nabi saw menurut hadits yang masyhur.

Menurut riwayat dari Musa bin 'Uqbah terjadi perang Khandaq itu tahun keempat hijriyah.
Asal mula timbulnya maksud hendak menyerbu kota Madinah ini ialah dari kalangan pemuka-pemuka Yahudi Bani Nadhiir yang dahulu dari itu telah diusir Nabi dari Madinah kerana muafakat jahat mereka hendak membunuh Nubi seketika beliau datang ziarah ke kampung rnereka di pinggir kota Madinah.

Sebahagian mereka telah berpindah ke Khaibar. Kerana sakit hati mereka, pergilah beberapa orang pemukanya, di antaranya ialah Salaam bin Abil Haqiq dan Salam bin Misykam dan Kinanah bin Rabi'. Mereka pergi menuju Mekkah menghubungi musyrikin Quraisy, menghasut mereka supaya suka menyerbu ke kota Madinah dan mereka, orang Yahudi, bersedia memberikan bantuan orang-orang dan sokongan harta benda.

Orang Quraisy tertarik oleh ajakan itu dan terus menyiapkan tentera. Lalu utusan Yahudi itu pergi pula kepada Qabilah Arab Ghathfaan. Mereka hasut pula Ghathfaan itu supaya menyerbu Madinah bersama Quraisy , sebab Quraisy sudah siap , Ghathfaan pun menyambut ajakan Yahudi itu.

Quraisy pun keluarlah dengan persiapan yang besar dan mereka keluarkan pula Habsyi-Habsyi yang ada di Mekah dan mereka perlengkapi dengan senjata. Pemimpinnya ialah Abu Sufyan sendiri.

Ghathfaan pun keluar pula dengan perlengkapan besar. Pemimpinnya 'Uyaynah bin Hashn bin Badr. Jumlah gabungan kedua tentera itu sampai sekitar 10.000 orang. Satu penyerbuan yang hebat dahsyat dan dapat menghancurkan, kalau berhasil. Sedang bilangan Kaum ' Muslimin di masa itu belum sebanyak itu.

Maka dengan anjuran dari Salman Al-Farisiy, Rasulullah saw. ' memerintahkan menggali p a r i t di sebelah bahagian Timur kota Madinah, iaitu jurusan yang landai yang mudah dimasuki dalam penyerbuan. Dengan kerja keras p a r i t itu, atau lubang besar dan dalam yang tidak dapat dilompati, walaupun dengan kuda, telah dikerjakan siang malam.

Rasulullah sendiri pun ikut bekerja. Beliau turut menggali tanah dan mengangkutnya, sehingga menimbulkan semangat berlipat ganda pada sahabat-sahabatnya.

Musuh-musuh itu pun datang dan melabuhkan tentera besar itu di sebelah Timur, dekat dari bukit Uhud dan bahagian-bahagian yang lain lagi berlabuh di dataran lebih tinggi.
Sedang kaum Muslimin yang bersiap menghadapi tentera besar itu adalah 3.000 orang dipimpin oleh Rasulullah saw. sendiri. (Ada juga riwayat mengatakan hanya 700 orang).

Mereka menunggu menghadapi musuh dengan membelakangi perbukitan Sala'. Pertahanan mereka adalah parit galian itu, yang memang sukar buat dilalui, baik tentera jalan kaki atau berkendaraan.

Apatah lagi di sebelah atasnya tentera Muslimin siap menunggu siapa saja yang mencuba hendak melalui parit itu. Dan di balik parit pertahanan dan pahlawan-pahlawan Islam yang menunggu segala kemungkinan itu berlindunglah perempuan-perempuan dan anak-anak yang tertanam dalam sekali di jiwa mereka, bahawa mereka akan selamat !

Tetapi di sebelah agak ke Timur lagi dari kota Madinah, di balik bukit Uhud ada perkampungan orang Yahudi dari Bani Quraizhah. Sejak Rasulullah hijrah ke Madinah mereka telah mengikat janji tidak akan membantu musuh jika Madinah diserang dari luar, bahkan akan sama-sama mempertahankannya dan pihak Muslimin pun mem­berikan jaminan akan membela mereka dan tidak akan mengganggu agama mereka.

Mereka mernpunyai benteng yang kuat pula di tempat jtu. Ketika Madinah mulai dikepung, mereka berdiam diri ingat akan janji yang telah diperbuat dengan Rasulullah saw.

Tetapi Huyay bin Akhthab, seorang dari pemuka mereka sendiri yang telah pindah ke Khaibar datang menemui mereka dan membujuk mereka agar memungkiri janji, lalu berpihak kepada tentera sekutu yang telah mulai mengepung akan menyerbu.

Menurut Huyay sekaranglah waktu yang sebaik-baiknya buat menghancurkan Mu­hammad dan Bani Quraizhah mempunyai persediaan tentera 800 orang. Berita akan belotnya Bani Quraizhah itu cepat juga terdengar oleh Rasulullah. Segera beliau utus kepada mereka shahabatnya yang setia dari kalangan Anshar, yang sejak zaman dahulu baik hubungan­ya dengan Yahudi Bani Quriazhah itu, iaitu Sa'ad Bin Mu'adz

Mereka dibujuk supaya jangan belot, kerana bahayanya amat besar. Selama ini mereka dijamin keamanannya oleh Rasulullah saw, dari kaum Muslimin , bertetangga secara baik. Maka kalau mereka khianat, nasib mereka akan sama dengan nasib Bani Nadh-iir iaitu akan diusir habis dari Madinah , tetapi sarnbutan mereka sangat kasar.

Mereka memaki-maki Sa'ad bin-Mu'adz dengan ucapan sangat kurang ajar.

" MAKANLAH ALAT KELAMIN AYAHMU !"

Tetapi perang berhadapan tidak akan dapat terjadi. Tidak ada dari tentera yang 10.000 itu yang sanggup menyosoh masuk parit ! Menempuh itu ertinya hanya mati ! .

Seorang ahli perang tanding di zaman Jahiliyah yang jarang sekali orang -berani menghadapinya, bernama 'Amer bin 'Abd Wadd dari Bani 'Amir tampil ke dekat parit dan bersorak menghendaki lawan, siapa yang berani turun ke bawah untuk berperang tanding beradu kekuatan dcngan pedang atau dengan tombak dengan kaum Muslimin. Di belakangnya mengikuti pula yang lain.

"Siapa berani, ayuh tampil ke muka!", katanya. Nabi rnemerintahkan 'Ali bin Abi Thalib.
Mulanya kedatangan 'Ali hendak berkelahi dengan dia itu dipan­dangnya enteng saja. kerana anak muda! Tetapi setelah dilihatnya kesungguhan 'Ali menentangnya, lalu dihadapinya.
Setelah tikam ­menikam beberapa lama, tombak 'Ali telah dapat menembus dadanya. Kejadian ini bcnar-benar menaikkan semangat kaum Muslimin.

Hampir sebulan lamanya tentera sekutu itu tergendala di luar kota, akan maju tidak bisa kerana adanya khandaq. Akan mundur masih segan kerana masih mengharap kan dapat menghancurkan Muhammad.

Tiba-tiba datanglah hembusan angin dari timur yang sangat keras melanda , sehingga apa saja yang tertegak digu­lungnya roboh. Menghidupkan api pun tidak bisa, sebab selalu dihembus oleh angin keras itu.

Kadang-kadang dibangkitkannya debu ke atas. Khemah-khemah yang ditegakkan dengan kuat, dibongkar habis oleh angin yang keras itu, sehingga segala persediaan menjadi kucar-kacir , makanan tidak dapat dimasak, air tidak dapat direbus ,khemah tidak dapat dipasang.

Dan semuanya itu terjadi pada malam hari. Maka dengan hati, sangat jengkel, Abu Sufyan sebagai kepala, dari tentera Quraisy terus memasang pelana kendaraannya lalu berkata kepada tentera yang dipimpinnya: "Hai Quraisy sekalian ! Tidak ada gunanya lagi kita lebih lama di sini, angin begini kerasnya , segala persediaan sudah rusak , api tidak mau menyala, periuk tidak dapat dijerangkan, khaimah tidak dapat didirikan. Labih baik segera kita berangkat meninggalkan tempat ini , Saya sendiri sekarang juga berangkat!"

Mendengar seruan demikian, yang lain pun segera menurutinya. maka kalahkah mereka sebelum bertempur? Inilah yang disebutkan Tuhan di hujung ayat:


" Maka kami kirimkan kepada mereka angin dan tentera-tentera yang tidak kamu lihat ".

Ertinya ialah bahawa pada masa yang demikian c u a c a telah menjadi salah satu pula yang memberikan pertolongan untuk mencapai kemenangan. Lalu di hujung ayat Tuhan bersabda lagi:


"Dan ALLAH adalah melihat apa yang kamu kerjakan".

Di dalam ilmu perang moden pun masih diperhitungkan oleh General-General yang berpengaIaman dari hal m e d a n dan c u a c a.
Medan dan Cuaca saja tidaklah boleh ditunggu , bahkan ikhtiar sendiri pun harus ada pula.
Itulah tafsir dari hujung ayat bahawa ALLAH pun senantiasa melihat pula bagaimana caranya manusia mengadakan persiapan dan persediaan dalam menghadapi musuhnya. Kita melihat bahawa Nabi saw. telah mengadakan persediaan yang oleh musuh-mu­suh tidak dikira-kira sejak semula, iaitu mengadakan parit pertahanan atau khandaq.

Adanya khandaq itu telah memporak-porandakan rencana penyerangan (strategi) musuh. Mereka yang tadinya menye­diakan perbekalan misalnya untuk seminggu dua minggu, rupanya harus memakan waktu lebih banyak dari yang dikira semula, iaitu hampir satu bulan.

Dan lagi pekerjaan penting yang lain, yang dalam perang pun menjadi bahagian yang tidak boleh diabaikan. Iaitu siasat mengucar ­kacirkan persiapan musuh dengan politik pecah-belah. Sebab sudah nyata bahawa tiga kelompok musuh yang telah bersatu, yang tenteranya tidak kurang dari 10.000 orang, gabungan Quraisy dan Ghathfaan, kemudian menggabung pula Yahudi Bani Quraizhah dengan 800 tentera, bukanlah jumlah yang kecil .

Seorang Mekah bernama Nu'aim bin Mas'ud dengan sembunyi datang kepada Rasulullah menyatakan bahawa dirinya mulai waktu itu telah masuk Islam , namun pihak musuh belum ada yang tahu. Dia meminta titah kepada Rasulullah apa yang dapat dia kerjakan.

Lalu Rasulullah menerimanya dengan gembira , kerana sebagai Rasul Tuhan yang penuh firasat , sudah dapat beliau baca pada wajah Nu'aim bahawa dia memang telah Islarn sungguh - sungguh.
Lalu beliau beri dia arahan. Pertama hendaklah dia rahasiakan bahawa dia telah masuk Islam.
Dia diperintahkan menemui pihak musuh satu demi satu dan berusaha memecahkan perse kutuan mereka .

Nabi bersabda: " Engkau seorang diri , tetapi engkau akan sanggup berbuat banyak , untuk menghancurkan kekuatan mereka. Ingatlah bahawa : PERANG ADALAH MEMPUNYAI BERBAGAI TIPU DAYA ! .

Nu’aim berjanji akan melaksanakan perintah Rasulullah dengan sebaik-haiknya .Maka yang terlebih dahulu di temui nya ialah Bani Quraizhah. Di zaman dia masih Jahiliyah dia mempunyai pergaulan yang baik dengan mereka itu . Sebab itu kedatangan nya dipercayai .

Lalu dia berkata: "Hai Bani Quraizhah! Selama ini kalian sudah tahu hubungan baikku dengan kalian , Mereka jawab: "Memang engkau orang baik. Kami tidak ragu kepada engkau ! ".

Lalu dia berkata: "Quraisy dan Ghathfaan tidak sama keadaannya dengan kalian . Negeri ini negeri kalian . Di sini harta benda kalian dan anak-anak kalian dan isteri-isteri kalian.

Kalian tidak akan dapat memindahkan mereka ke tempat lain. Tetapi Quraisy datang kemari pergi memerangi Muhammad . Lalu kalian berkawan dengan mereka memerangi Muhammad pula. Sedang Quraisy dan Ghathfaan bukan orang sini. Negeri mereka, harta-benda rnereka dan anak isteri mereka berada ditempat jauh , bukan seperti kalian . Kalau Quraisy dan Ghathfaan menang dapatlah mereka mengambil harta-benda Mu­hammad .

Tetapi kalau mereka tidak berhasil mereka akan segera meninggalkan tcmpat ini , sedang kalian akan mereka tinggalkan menghadapi sendiri Muhammad yang telah kalian musuhi itu .
Kalau demikian jadinya tidaklah kalian akan sanggup menghadapi Muhammad .
Sebab itu dengan jujur saya nasihatkan kepada kalian supaya meminta jaminan dari bangsawan bangsawan mereka , minta kirimkan anak-anak muda mereka kepada kalian , sebagai jaminan bahawa jika perang dengan Muhammad mereka tidak akan meninggalkan dan mengecewakan kalian".

Saran Nu'aim itu rupanya termakan oleh mereka dan mereka berkata: "Apa yang engkau sarankan itu tepat sekali."

Setelah itu dia menarik diri dari Bani Quraizhah dan pergi menemui Quraisy. Lalu dia berkata kepada Abu Sufyan dan orang-­orang yang dikelilingnya, seraya berkata: "Kalian sudah kenal bagai­mana baik hubungan saya selama ini dengan kalian , dan bagaimana pula saya menjauhkan diri dari Muhammad. Sesungguhnya saya sudah mendengar suatu berita penting yang saya merasa wajib menyampai­kan kepada kalian , sebagai nasihat jujur. harap saja kalian rahsiakan pula.
Mereka jawab : "Akan kami simpan rahsia itu !"
Dia teruskan: " Kalian harus tahu bahawa orang-orang yahudi itu rupanya sudah rnenyesal tentang perbuatannya memungkiri janji dengan Muhammad .

Mereka telah mengirim utusan kepada Muhammad menyatakan mereka menyesal atas perbuatan khianat itu. Mereka menawarkan kepada Muhammad: "Tanda kami telah menyesal , sudikah tuan menerima jika kami kirimkan orang-orang dari Quraisy dan Ghathfaan sebagai orang tengah ? Supaya dapat tuan potong leher orang-orang itu ? Kemudian kami berganding bahu dengan tuan memusnahkan Quraisy dan Ghathfaan yang masih tinggal?" Muhammad telah menjawab : " Bersedia menerima orang-orang itu jika dikirim".

Lalu Nu'aim berkata seterusnya: "Lantaran itu kalau ada utusan Yahudi mengirim utusan meminta orang-orang tengah sekali-kali jangan kalian beri, walau seorang pun."
Setelah nampak hilang kepercayaan Quraisy kepada Yahudi itu Nu'aim pun melanjutkan siasatnya pula kepada Ghathfaan.

Setelah bertemu , dia pun berkata: "wahai seluruh Ghathfaan. Kalian adalah asal-usulku dari keluarga dekat dan manusia yang paling aku cintai. Saya percaya bahawa kalian tidak akan merasa ragu kepada diri saya."
"Memang, kami percaya kepadamu,” jawab mereka.
Lalu dia berkata: "Ini rahsia besar, simpan baik-baik". Mereka jawab: "Baik!"

Lalu diuraikannya pula perkataan yang dikatakan kepada Quraisy itu , iaitu bahawa Yahudi telah merasa menyesal mengkhianati Muhammad . Tanda penyesalannya dia menjanjikan kepada Muham­mad akan mengirim beberapa orang dr Quraisy dan Ghathfaan untuk dipotong leher mereka oleh Muhammad. Sebab itu kalau ada Yahudi itu meminta orang tengah jangan diterima.

Maka pada lima hari bulan Syawal tahun kelima hijriyah itu , dengan taqdir ALLAH Quraisy di bawah Abu Sufyan dan Ghathfaan dibawah pimpinan kepala-kepalanya mengutus 'Ikrimah bin Abi Jahl bersama dengan beberapa orang yang lain menemui Bani Quraizhah. Utusan itu menyampaikan bahawa kami tidak akan lama tinggal di sini kerana persediaan perbekalan sudah hampir habis. Sebab itu mereka mendesak Bani Quraizhah supaya bersedia memasuki medan perang sehingga beres urusan kita dengan Muhammad .
Bani Quraizhah menjawab bahawa pada hari Sabtu mereka tidak mungkin keluar pergi berperang. Kalau kami langgar peraturan kami itu, kami keluar hari Sabtu , kami akan dapat celaka . Hal itu tentu sudah tuan-tuan ketahui. Dan kami tidak akan segera saja masuk ke medan perang kalau tuan-tuan Quraisy dan Ghathfaan tidak memberikan jaminan kepada kami bahawa tuan-tuan tidak akan meninggalkan kami. Jaminan itu ialah orang-orang yang akan dapat kami anggap sebagai orang tengah. Kerana kami takut bila peperangan ini akan mcmbawa kerugian bagi tuan-tuan, maka tuan-tuan akan scgera meninggalkan kami menghadapi sendiri Muhammad itu . Kalau terjadi demikian kami tidak sanggup.

Siasat Nu'aim sangat berhasil . Persekutuan telah pecah. Rasa percaya mempercayai di antara yang bersekutu sudah mulai pecah. Baru sekira tiga minggu saja , pengepungan sudah mulai goyah dan khandaq tidak dapat mereka seberangi .

Musim dingin kian lama kian mendatang. Dingin di Madinah terkenal sampai kepada zaman kita ini. Dingin yang dicampuri oleh hembusan angin keras dari Timur , yang oleh orang Arab disebut angin Shiba .

Dia berhembus di telinga mendenging-denging dan kering , sehingga kulit akan segera pecah-pecah. Mana angin sengit berhembus , mana pula semangat persatuan telah pecah dan satu terhadap yang lain mulai putus karna siasat Nu'aim.

Dalam saat itu pula Rasulullah saw. mendorongkan siasat yang kedua , iaitu membujuk Ghathfaan dan beberapa qabilah dari Nejd menyuruh mereka pulang saja. Untuk mereka akan diberi hadiah kenang-kenangan sepertiga hasil kurma Madinah.

Kerana Rasulullah s.a.w . tahu benar bahawa Ghathfaan ini ikut berperang bukanlah kerana suatu cita-cita yarrg hendak dipertahankan , melainkan kerana ingin mendapat harta rampasan kalau mendapat kemenangan menyerbu Madinah . Sudah dicuba hendak menyerbu ke dalam kota satu kali , namun gagal total kerana waspadanya kaum Muslimin .

tafsir ayat-ayat cinta-NYA : Surah al-Ahzab ayat 6-8 {Bahagian 2)

Nabi itu adalah lebih utama bagi orang yang beriman dari diri mereka sendiri, dan isteri-isteri beliau adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah yang setengah dengan yang setengah lebih utama di dalam Kitab ALLAH daripada orang-orang mukmin dan orang-orang yang berhijrah, kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada saudara-saudara kamu Adalah yang demikian itu, di dalam Kitab ALLAH, telah tertulis. (Surah al-Ahzab ayat 6)

Di dalam ayat tiga berturut-turut ini, ayat 6 dan 7 dan 8 kita mendapat betapa erat hubungan seorang ummat dengan Rasul-Nya, dan bagaimana pula hubungan erat janji setia seorang Rasul dengan Tuhan yang .mengutusnya.

"Nabi itu lebih utama bagi orang yang beriman daripada diri mereka sendiri" .(Pangkal ayat 6).

Inilah pokok hidup orang Islam! Iaitu mencintai Nabi saw. lebih daripada mencintai diri sendiri. Sabda Rasulullah saw. di dalam hadits yang sahih begini bunyinya:


"Demi yang diriku ada dalam tangan-Nya, tidaklah beriman seseorang kamu sebelum aku lebih dicintainya daripada dirinya sendiri dan hartanya, dan anaknya dan manusia sekaliannya".
(Dirawikan oleh Bukhari).

Dan sebuah hadits lagi, berkenaan dengan ayat ini:
Dari Jabir (moga-moga redha ALLAH atas dirinya), Nabi bersabda:

"Aku adalah lebih utama bagi tiap-tiap orang yang beriman dari¬pada dirinya sendiri. Kalau ada yang meninggal dan dia meninggalkan hutang, akulah yang akan membayarnya. Dan barangsiapa yang meninggalkan harta, maka harta bendanya itu adalah untuk warisnya."
(Dirawikan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud).


Tersebutlah dalam sebuah hadits yang sahih pula bahawa 'Umar bin Khatab pernah berkata: "Ya Rasul ALLAH! Sesungguhnya engkau adalah lebih aku cintai dari pada apa pun jua, kecuali dari dirimu sendiri".
Maka bersabdalah Rasulullah saw,: "Tidak ya 'Umar ! Melainkan bahawa aku lebih engkau cintai, walaupun dari dirimu sendiri."
Maka menyambutlah 'Umar: "Ya Rasul ALLAH! Sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari tiap-tiap apa pun, walaupun dari diriku sendiri".
Sekarang Nabi menyambut: "Sekarang baru ya 'Umar!" Ertinya sekarang, setelah engkau merasakan bahawa Nabimu lebih engkau cintai, walaupun daripada dirimu sendiri, barulah berarti dan barulah diterima Tuhan imanmu itu.

Tentu saja kecintaan kepada Nabi ini tersebab mengakui bahawa dia adalah Rasul ALLAH, untuk menyampaikan wahyu Ilahiy kepada makhluk. Lalu orang yang beriman menyatakan bahawa apa yang beliau katakan itu adalah benar, lalu dilaksanakannya apa yang beliau perintahkan, sebab itu adalah perintah dari ALLAH. Dan dia hentikan segala yang beliau larang, sebab larangan itu pastilah datang dari ALLAH.

Semata-mata cinta saja dengan tidak memenuhi syarat cinta, mengerjakan suruh menghentikan tegah, tidaklah ada ertinya. Tidak ada orang di dunia ini yang lebih cinta kepada Nabi Muhammad saw. daripada pamannya yang membesarkannya dari keciI, iaitu Abu Thalib. Dipertahankannya anak saudaranya itu dari segala caci makian musuhnya.
Dia turut ke dalam tawanan bersama seketika Bani Hasyim dan Bani 'Abdil Muthathlib diboikot oleh Quraisy dua tahun lamanya. Tetapi sayang sekali ketika diajak masuk Islam dengan mengucapkan pengakuan "Tidak ada Tuhan melainkanALLAH, dan Muhammad adalah Rasulullah", beliau enggan, maka matilah beliau sebelum menyatakan diri jadi Islam.
Begitu jugalah cara-cara menyatakan cinta yang lain kepada Nabi. Membaca sholawat yang berbagai ragam nama sholawat itu, sehingga ada dikarang kitab khusus yang isinya semata-mata berisi sholawat Nabi, tidaklah bererti semuanya itu kalau mencintai Nabi tidak diikuti dengan melaksanakan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menghentikan larangannya.

"Dan isteri-isteri beliau adalah ibu-ibu kamu".
Iaitu untuk dihormati dan dimuliakan, sehingga sesudah Rasulullah wafat, tidaklah boleh ibu-ibu orang yang beriman itu dinikahi oleh ummat Nabi Muhammad.

Isteri-isteri Nabi itu diberi sebutan atau gelar "Ummul Mu'minin", ibu dari orang-orang beriman.

Sama pendapat ahli-ahli fiqhi bahawa anak-anak perempuan dari isteri-isteri Nabi itu atau saudara-saudara perempuannya, tidaklah turut. Semata-mata untuk menghormati saja, menurut suatu riwayat, Imam Syafi'i menyebutkan anak-anak perempuan mereka 'Akhawatu'l mu'minin"; saudara-saudara perempuan dari orang-orang yang beriman.
Lantaran itu nescaya Rasulullah sendiri pun dianggap sebagai Ayah, meskipun tidak dipanggilkan beliau "AYAH!"

Tersebut dalam sebuah hadits:

"Aku ini bagi kamu adalah laksana seorang ayah yang mengajarkan kamu; maka jika ada seorang di antara kamu pergi ke tempat buangan najis (tandas), janganlah menghadap ke qiblat dan jangan membelakanginya dan jangan mencuci dengan tangan kanan. "
(Dirawikan oleh Abu Dawud dari hadits Abu Hurairah).

"Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah yang setengah dengan yang setengah lebih utama di dalam kitab ALLAH,dari pada orang-orang mu'min dan orang-orang yang berhijrah, kecuali kalau kamu hendak berbuat baik dengan saudara-saudara kamu".

Maksud bahagian ayat ini ialah mendudukkan soal harta-benda menurut hukum hak-milik yang asal dalam kitab ALLAH. Iaitu bahawa di antara anak dengan bapa, bapa dengan anak atau saudara yang bertali darah, menurut hukum asal di dalam Kitab ALLAH merekalah yang pusaka-mempusakai.

Tetapi seketika kaum Muslimin Mekah jadi Muhajirin ke Madinah dan mereka diterima oleh saudara mereka seiman yang bernama Anshar di Madinah, sangatlah akrab hubungan mereka, bahkan sampai mereka itu dipersaudarakan oleh Nabi saw. sehingga sebagai saudara kandung layaknya. Misalnya Zubair bin 'Awwam (Ridha ALLAH atas beliau) sebagai seorang terkemuka Muhajirin, sampai di Madinah telah dipersaudarakan oleh Nabi saw. dengan Ka'ab bin Malik.
Kedatangan Zubair waktu itu adalah dalam keadaan sangat melarat, tidak ada harta benda sama sekali. Dia disambut sebagai menyambut saudara kandung sendiri oleh Ka'ab. Di waktu Ka'ab jatuh sakit keras nyaris mati, Ka'ab mewasiatkan seluruh hartanya yang tinggal untuk Zubair.

Demikianlah akrabnya Muhajirin dan Anshar itu, sehingga waris mewarisi. Dan hal itu pun dapat dimaklumi kerana masing-masing telah putus hubungan dengan kerabat sedarah. Ada Muhajirin yang putus dengan ayah, atau putus dengan anak, atau putus sekali keduanya.

Seumpama Abu bakar sendiri. Dia hijrah, sedang ayahnya sendiri dan puteranya Abdurrahman masih tinggal dalam keadaan musyrik di Mekkah. Yang lain pun begitu pula. Maka dalam ayat ini diperingatkan bahawa hukum yang asal dalam Kitab Allafi ialah pertalian yang erat yang sedarah, sehingga peraturan tirkah harta waris (faraidh) diatur dalam Surat An-Nisaa'. Adapun kasih sayang kerana iman dan hijrah tetap berlaku sebelum saudara-saudara atau anak dan bapa itu turut pula memeluk Agama Islam. Itulah yang dimaksud dengan bunyi ayat:

"Kecuali kalau kamu hendak berbuat baik dengan saudara-saudara kamu , Adalah yang demikian itu, di dalam kitab ALLAH, telah tertulis." (hujung ayat 6).

Dengan keterangan di hujung ayat ditetapkanlah hukum yang asli dan diakui pula hukum sementara ketika ada perubahan yang tidak disangka-sangka pada mulanya. Lantaran itu maka ayat ini memberi kita perbandingan dalam meletakkan hukum, bahawasanya di masa yang sangat darurat, sehingga hukum yang asli tidak dapat berjalan, orang boleh melalui cara yang lain, asal dapat dipertanggungjawabkan menurut suara iman.

Dan (ingatlah) seketika Kami telah mengambil perjanjian dari Nabi-Nabi dan dari engkau dan dari Nuh dan Ibrahim dan Musa dan 'Isa anak Maryam. Dan telah Kami ambil dari mereka perjan¬jian yang berat. (Surah al-Ahzab ayat 7)

Dalam ayat ini Tuhan menyatakan bahawa sebelum seorang Nabi akan memikul tugasnya terlebih dahulu mereka membuat perjanjian dengan Tuhan, bahawa mereka akan menyampaikan kepada ummat masing-masing apa yang telah mereka terima dari ALLAH, tidak boleh ada yang disembunyikan, dan mesti tahan menderita, mesti sabar dan teguh hati.

Terutama ialah lima orang Nabi, atau Rasul. Iaitu Nabi Muhammad saw. sendiri yang dalam ayat ini disebut
"dan dari engkau".

Sebelum itu ialah dengan Nabi Nuh, Nabi.yang dahulu sekali menerima syari'at di antara Nabi-nabi. Sesudah itu ialah Nabi Ibrahim, kemudian itu Nabi Musa dan Nabi 'Isa anak Maryam. Kelima Nabi ini disebut "Ulul 'Azmi minar rusuli", yang dianggap sebagai mempunyai tugas lebih berat di antara Nabi-nabi.

Di dalam Surat ke-42, Asy-Syuura ayat 13 dijelaskan pula maksud ayat seperti ini. Iaitu:

"Telah Dia syari'atkan kepada kamu dari hal agama, apa yang lelah diperintahkan kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyu¬kan kepada engkau dan apa yang telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Musa dan 'Isa, agar supaya mereka mendirikan agama dan jangan berpecah-pecah padanya".

"Dan telah Kami ambil dari mereka perjanjian yang berat". (hujung ayat 7)

hujung ayat ini menjelaskan lagi keterangan di pangkal ayat tentang perjanjian itu. Bahawa perjanjian yang diambil itu bukanlah ringan, melainkan amat berat. Dengan demikian agar kita dapat mengambil i'tibar dan pengajaran bahawasanya pekerjaan segala nabi-nabi itu bukanlah pekerjaan yang ringan. Menyampaikan da'wah bukanlah pekerjaan yang dapat disambilkan.
Bahkan dapat kita lihat pada pengalaman Nabi Yunus; yang merasa kecil hati menghadapi kekerasan kepala kaumnya lalu merajuk dan meninggalkan tugas, menimpalah kepadanya percobaan yang berat, iaitu dilemparkan ke laut untuk meringankan isi kapal yang dia tumpang, lalu ditelan ikan.

Nabi Musa sendiri seketika mengatakan bahawa dirinyalah yang paling pintar dan pandai di zamannya; dia disuruh pergi belajar kepada Nabi Khidhir. Nabi Zakariya seketika kepalanya mulai digergaji oleh kaum yang zalim dia hendak memekik merintih kesakitan, telah ditegur oleh malaikat Jibril, agar penderitaan itu ditanggungkannya dengan tidak mengeluh dan merintih.

Agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang jujur akan kejujuran mereka, dan telah Kami sediakan untuk orang-orang yang tidak mau percaya seksaan yang pedih. (Surah al-Ahzab ayat 8)

Ertinya ialah bahawa kelak ALLAH akan bertanya kepada orang-orang jujur, yang mau menjawab dengan betul, adakah Nabi-Nabi menyampaikan risalah masing-masing dengan jujur ? Ummat tiap-tiap Nabi itu akan ditanyai, adakah nabi-nabi itu melakukan tugas mereka dengan baik ? Adakah risalah yang tidak mereka sampaikan ?

Semuanya tentu akan menjawab dengan sejujurnya pula, bahawa kewajiban itu telah beliau-beliau lakukan dengan sebaik-baiknya, tidak ada yang ketinggalan Iagi. Itu sebabnya bahawa setengah daripada isi seruan yang warid, bila kita ziarah kepada maqam Rasulullah saw. di Madinah, di antara yang kita ucapkan di hadapan maqam (kubur) beliau ialah:

"Sesungguhnya engkau telah menyampaikan risalah
dan telah engkau tunaikan amanat".


Sesudah orang-orang yang jujur itu menjawab dengan sejujurnya pula bahawa Nabi-nabi itu telah melancarkan tugasnya

"Dan telah Kami sediakan untuk orang-orang yang tidak mau percaya
seksaan yang pedih". (hujung ayat 8 ).

Dengan menanyakan terlebih dahulu kcpada orang-orang yang jujur adakah Nabi-nabi menunaikan risalah mereka dengan baik, ialah agar ALLAH tidak menjatuhkan azab siksaan secara aniaya. Orang yang benar-benar bersalahlah yang akan dihukum. Berdasar kepada penegasan Tuhan pada ayat yang lain:

"Dan tidaklah ada kami akan menjatuhkan azab,
sehingga kami utus seorang Rasul." ( Al-Israa' ayat 15).

Maka apabila Tuhan menjatuhkan hukuman adalah semata-mata dengan adil dan orang yang dijatuhi azab pun tidak akan mengatakan bahawa dia teraniaya. Dia pun akan mengakui bahawa azab yang diterimanya itu adalah patut.

Semuanya ini pun jadi ibarat perbandingan bagi golongan yang disebut Ulama, yang dikatakan oleh Rasul bahawa Ulama adalah penerima waris Nabi-nabi. Sedangkan Nabi-nabi yang mereka warisi lagi memikul tugas dan mengikat janji berat dengan, betapa lagi bagi orang yang diwajibkan mewarisinya.


BERSAMBUNG....

tafsir ayat-ayat cinta-NYA : Surah al-Ahzab ayat 1-5 {Bahagian 1}


( 1 ) Wahai Nabi! Taqwalah engkau kepada Allah dan janganlah engkau ikuti
orang orang yang kafir dan orang-orang munafiq . Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.


Dalam ayat 1 sampai 3 terdapatlah peringatan kepada Nabi.
Dalam ayat 4 sampai 5 terdapat peringatan kepada ummat.

Nampak pada lahir seakan-akan tidak ada hubungan. Tetapi apabila kita fahami lebih mendalam, nampaklah benang sutera halus yang menghubung­kan ayat 3 yang semula dengan ayat 4 dan 5. Mari kita Cubalah perhatikan !


"Wahai Nabi! Taqwalah engkau kepada Allah." (Pangkal ayat 1).

Nabi akan selalu mengajak orang lain supaya bertaqwa. Namun ajakan beliau kepada orang lain itu tidak akan ada artinya, cuma akan jadi cemoohan orang kalau beliau hanya menyuruh padahal dia sendiri tidak bertaqwa. Sebab itu maka Allah menasehatkan kepadanya supaya taqwa itu ditanamnya teguh terlebih dahulu dalam dirinya, sehingga orang lain yang diajak bertaqwa akan mematuhi dengan baik dan setia, sebab mereka melihat contohnya pada tingkah laku beliau sendiri.


"Dan janganlah engkau ikuti orang-orang yang kafir dan orang-orang yang munafiq".

Tentu saja ajakan dari orang kafir dan munafiq tidak boleh dituruti. Ini pun suatu perintah mawas diri daripada Allah kepada Rasul-Nya. Karena kadang-kadang kafir dan munafiq itu akan menyusun juga ajakan-ajakan yang pada lahirnya manis, padahal dalam batinnya berisi ajakan yang pahit. Kemudian datang sambungan ayat:


"Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
(Ujung ayat 1).

Allah menutup peringatan-Nya terhadap Rasul­Nya dengan kata demikian. Ialah karena orang yang kafir, apatah lagi orang munafiq kerap kali . mengeluarkan perkataan yang manis, padahal mengandung maksud hendak menyeret Rasul ke dalam perangkap yang telah mereka pasang.

( 2 ) Dan ikutilah apa yang telah diwahyukan kepada engkau darl Tuhan engkau ; Sesungguhnya Allah terhadap apa yang kamu kerjakan adalah Maha Tahu.



"Dan ikutilah apa yang telah diwahyukan kepada engkau oleh Tuhan engkau. " (Pangkal ayat 2).

Di ayat pertama melarang mengikuti kehendak kafir dan munafiq, di ayat kedua dijelaskan bahwa jalan yang akan ditempuh hanya satu, yaitu mengikuti wahyu yang diturun­kan Tuhan dari alif sampai yaa.

Dari pangkal jalan sampai ke ujung jalan, jangan disela-sela dengan yang lain. Sebab. jalan lurus itu hanya satu, iaitu jalan Allah. Adapun jalan kafir dan munafiq tidaklah ber­sumber dari wahyu Ilahiy, melainkan dari fikiran manusia atau perdayaan syaithan.


"Sesungguhnya Allah terhadap apa yang kamu kerjakan adalah Maha Tahu." (hujung ayat 2)

Oleh karena Allah Maha Tahu dan Maha Teliti atas segala perbuatan yang dikerjakan oleh manusia, jelaslah bahwa hati sanubari manusia pun dalam kontrole Tuhan selalu. Dia tidak boleh menyeleweng dari garis yang ditentukan-Nya.

( 3 ) Dan bertawakkallah kepada Allah dan cukuplah kepada Allah sahaja bertawakkal.



"Dan bertawakkallah kepada Allah". (Pangkal ayat 3).

Artinya ialah supaya beliau, Rasulullah saw. menyerahkan dirinya sebulat­bulatnya kepada 'Tuhan, penuh kepercayaan, jangan bimbang. Harus yakin bahwasanya jalan yang ditunjukkan Tuhan itulah yang benar, yang lain tidak ada.



"Dan cukuplah kepada Allah sahaja bertawakkal". (Ujung ayat 3).

Kesimpulan dari ketiga ayat ini adalah pegangan hidup bagi Rasul dan bagi tiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul. Agama Islam hukanlah semata-mata anutan dan pelukan. Dia bukan semata-mata aqidah yang masuk akal atau yang disebut "rasionil". Dan bukanlah semata-mata beribadat, melakukan sembahyang, puasa, zakat dan hajji menurut peraturan, rukun dan syarat yang tertentu.

Al-Islam bukanlah semata-mata mempertengkarkan soal-soal khilafi­yah hasil ijtihad Ulama-Ulama terkemuka. Islam adalah kumpulan dari itu semuanya yang dijiwai oleh rasa kesadaran bahwa kita melangkah dalam arena kehidupan dengan penuh kesadaran akan tanggung jawab berhadapan dengan Tuhan.

Dapat kita tegaskan lagi bahwa agama Islam itu ialah disiplin yang keras terhadap diri sendiri, terutama dalam kedudukan orang sebagai pemimpin.

Pendirian yang tegas dan pegangan yang teguh, berani menghadapi segala kemungkinan di dalam mempertahankan pendiri­an. Itu sebabnya maka pada ayat yang pertama sekali diperingatkan kepada Rasul sendiri agar beliau sekali-kali jangan mengacuhkan dan mengikuti kehendak dan permintaan orang-orang yang telah nyata kafir, apatah lagi munafiq.

Bertawakkal kepada Allah, artinya ialah bahwa tempat bertanggung jawab hanya semata-mata kepada Tuhan :

( 4 ) Tidaklah Allah menjadikan pada seseorang dua hati dalam rongga­nya dan tidaklah isteri-isteri kamu yang telah kamu serupakan punggungnya dari kalangan mereka menjadi ibumu dan tidaklab Dia menjadikan anak yang kamu angkat jadi anakmu benar-benar Itu hanyalah ucapanmu dengan mulutmu. Dan Allah mengatakan yang benar dan Dia akan menunjuki jalan.



"Tidaklah Allah menjadikan pada seseorang dua hati dalam rongga­nya. "
(Pangkal ayat 4).

Pangkal ayat ini adalah d a s a r hidup untuk jadi pegangan bagi orang yang mempunyai aqidah Tauhid. Dalam ungkapan secara modern ialah bahwa orang yang pecah tujuan hidupnya atau pecah kumpulan cintanya adalah orang yang sebagai menghentakkan kayu yang berjupang dua ke dalam bumi, niscaya tidak akan mau terbenam.

Maka tidaklah akan beres berfikir seorang yang dalam hatinya berkumpul menyembah kepada Allah dengan menyembah kepada benda. Itu namanya musyrik. Sejak dari ayat 1, dan ayat 2 sudah dijelaskan oleh Tuhan kepada Rasul-Nya, jangan dia mengikuti kehendak kafir dan munafiq disertai dengun tha'at kepada ' Allah.

Kalau sekali hati telah bulat menyembah kepada Allah, persembahan kepada kafir dan munafiq atau persembahan kepada benda mesti ditinggalkan.

وَما جَعَلَ أَزْواجَكُمُ اللاَّئي‏ تُظاهِرُونَ مِنْهُنَّ أُمَّهاتِكُمْ
"Dan tidaklah isteri-isteri kamu yang telah kamu serupakan punggungnya di antara mereka menjadi ibumu".

Kebiasaan orang Arab di zaman jahiliyah jika mereka tidak suka lagi kepada isteri mereka, maka mereka katakanlah bahwa punggung isteri itu serupa dengan punggung ibunya. Tentu saja kalau punggung isteri telah diserupakan dengan punggung ibu sendiri, kasih sayang kepada isteri sudah disamakan dengan kasih sayang kepada ibu.

Kalau isteri sudah dianggap ibu, tentu dikacau-balaukan kasih kepada ibumu yang tidak boleh dikawini sudah dikacau-balaukan dengan kasih kepada isteri yang menjadi teman tidur ! .

Sikap demikian adalah termasuk kekacauan jiwa juga, tidak dapat dibiarkan. Isteri tetap isteri dan kasih kepada isteri ialah disetubuhi dan menghasilkan anak. Ibu tetap ibu dan kasih kepada ibu adalah buat dikhidmati. Sebab itu maka kebiasaan menyerupakan punggung isteri dengan punggung ibunya itu adalah perbuatan yang salah dan tidak benar.

Pada Surat ke-58, Al-Mujaadalah yang diturunkan di Madinah juga, kebiasaan jahiliyah ini telah diberantas dan dilarang. Barang­siapa melakukannya dikenakan denda (Kaffarah). Iaitu memerdeka­kan budak, atau memberi makan 60 orang miskin atau puasa dua bulan berturut-turut. (Lihat Surat pertama dari Juzu' ke-29).

وَما جَعَلَ أَدْعِياءَكُمْ أَبْناءَكُمْ
"Dan tidaklah Dia menjadikan anak yang kamu angkat jadi anakmu benar-benar".

Biasa juga di zaman jahiliyah orang memungut anak orang lain lalu dijadikannya anaknya sendiri. Anak yang diangkat itu berhak membangsakan diri kepada orang yang mengang­katnya itu.
Bahkan hal ini terjadi pada diri Nabi Muhammad saw. sendiri. Seorang budak, (hamba sahaya) yang dihadiahkan oleh isterinya Khadijah untuk merawat beliau, bernama Zaid anak Haritsah. Karena sayangnya kepada anak itu beliau angkat anak dan hal ini diketahui umum.

Di ayat ke-37 kelak akan lebih jelas lagi ahwa Nabi Muhammad saw, sendirilah yang disuruh melepaskan diri terlebih dahulu daripada kebiasaan yang buruk itu, yaitu mengambil anak orang lain jadi anak angkat.

ذلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْواهِكُمْ
"Itu hanyalah ucapan dengan mulutmu".

Yaitu bahwa mengatakan anak orang lain jadi anak sendiri itu hanyalah ucapan mulut, bukan keadaan yang sebenarnya. Sebab yang sebenarnya anak ialah aliran dari air dan darah sendiri.

وَ اللهُ يَقُولُ الْحَقَّ
"Dan Allah mengatakan yang benar",

iaitu anak orang lain bukanlah jadi anakku, walaupun engkau sorakkan di muka umum. Kalau cara sekarangnya walaupun engkau kuatkan dengan kesaksian Notaris, dengan surat-surat pemerintah yang sah. Yaitu sah menurut peraturan yang bukan dari Allah.

وَ هُوَ يَهْدِي السَّبيلَ
"Dan Dia akan rnenunjuki jalan". (hjung ayat 4).

Jalan yang ditunjukkan oleh Tuhan itu ialah syari'at Islam. Maka segala peraturan yang lain, terrnasuk peraturan orang kafir yang dijalankan dalam Dunia Islam, mengangkat anak orang lain jadi anak sendiri, bukanlah jalan yang benar.

Islam telah mengadakan aturan sendiri dalam menjaga nasab dan keturunan, sehingga apabila seseo­rang meninggal dunia sudah ada ketentuan pembagian harta pusaka (faraidh).

Namun mengangkat anak orang lain jadi anak sendiri, lalu mengatur pula agar harta pusaka setelah mati diserahkan pula kepada anak angkat itu adalah melanggar pula kepada ketentuan hak milik yang telah ditentukan syari'at.

Inilah yang diperingatkan Tuhan kepada Rasul-Nya pada ayat pertama surat ini, agar Rasul jangan mengikut kepada kafir dan munafiq.

( 5 )Panggillah mereka dengan nama bapak-bapak mereka. Itulah yap lebih adil disisi Allah. Dan jika tidak kamu ketahui siapa bapa bapak mereka, maka adalah mereka saudara kamu seagama maula-maula kamu. Tetapi tidaklah kamu berdosa jika kamu salah dengan dia, melainkan jika disengaja oleh hati kamu. dan Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


ٱدْعُوهُمْ لِآبائِهِمْ
"Panggillah mereka dengan nama bapak-bapak mereka. "
(Pangkal ayat 5).

Dahulu Zaid budak yang dimerdekakan dan diangkat anak di zaman jahiliyah oleh Nabi ita dipanggilkan Zaid bin Muhammad. Dengan ayat ini datanglah ketentuan supaya dia dipanggil kembai menurut yang sewajarnya , iaitu Zaid bin Haritsah.

Ada juga kejadian seorang anak yang kematian ayah sewaktu dia masih amat kecil. Lalu ibunya kawin lagi dan dia diasuh dan dibesarkan oIeh ayah tirinya yang sangat menyayangi dia.

Dengan tidak segan-segan si anak menaruhkan nama ayah tirinya di ujung. namanya, padahal bukan ayah tirinya itu ayahnya yang sebenarnya. Itu pun salah. Karena walaupun betapa tingginya nilai kasih sayang dan hutang budi, namun kebenaran tidaklah boleh diubah dengan mulut. Mengganti nama ayah itu pun satu kedustaan. Sebab itu maka ditegaskan Tuhan di lanjutan ayat :

هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللهِ
"Itulah yang lebih adil , di sisi Allah".

Maka mengganti itu tidaklah adil. Itu adalah curang.

فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آباءَهُمْ فَإِخْوانُكُمْ فِي الدِّينِ
"Dan jika tidak kamu ketahui siapa bapak-bapak mereka maka adalah mereka saudara-saudara kamu seagama".

Orang yang tidak terang siapa bapak-bapak mereka ini ialah orang yang biasa ditawan dalam peperangan ketika dia masih kecil, orang tuanya telah mati dan dia telah hidup dalam masyarakat Islam. Atau orang seagama dari negeri lain yang belum kita kenal keturunannya.

Ayat ini menunjuk­kan hendaklah mereka dipanggil sebagai saudara. Maka kalau orang itu masih muda, panggil sajalah dia sebagai saudara.

وَ مَواليكُمْ
"Dan maula­ maula kamu".

Maula mengandung erti perlindungan dan pimpinan timbal balik , Pokok kata ialah dari wilayah, menjadi wali, menjadi maulaa. Dia dapat diartikan Pelindung, Raja, Tuanku, tetapi dia pun! dapat diartikan orang yang diperlindungi.

Setelah Agama Islam ber­kembang luas dan negeri yang ditaklukkan oleh tentara Islam bertam­bah jauh, banyaklah anak muda-muda kehilangan keluarga lalu diambil dan dipelihara oleh tentara Islam yang menang. Mereka dibawa ke negeri Islam dididik dalam Islam. Diakui termasuk kekelu­argaan dari kaum yang memeliharanya.

Dalam Islam maula-maula (jama'nya mawaali) diberi didikan yang tinggi. Mereka memperdalam pengetahuan tentang Islam. Imam Bukhari ahli hadits yang masyhur itu adalah seorang Maulaa dari Bani Ju'fah, yaitu qabilah Arabi yang diperintahkan Khalifah menaklukkan Bukhara di zaman Bani Oma­yah.

Banyak Ulama-ulama Islam di zaman Tabi'in adalah Maulaa. Malahan ada di antara mereka yang jadi shahabat Rasulullah, sebagai Bilal bin Rabah, Salim Maula Abu Huzaifah dan lain-lain. ulama Tabi'in yang besar, yaitu Imam 'Athaak di Mekkah, AI-Hasan Al-­Bishriy di Basrah, keduanya adalah Maulaa. Tuan-tuan besar dari Arab berjuang jadi pahlawan dalam perang, sedang maula-maula jadi Pahlawan Ilmu Pengetahuan Islam.

وَ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُناحٌ فيما أَخْطَأْتُمْ بِهِ
"Tetapi tidaklah kamu berdosa jika kamu tersalah dengan dia".

Yaitu salah yang bukan disengaja, karena tidak tahu.

وَ لكِنْ ما تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ
"Melainkan jika disengaja oleh hati kamu".

Misalnya membangsakan orang kepada yang hina, atau menghinakan orang karena warna kulitnya. Itu sangatlah disalahkan oleh Rasulullah saw.

وَ كانَ اللهُ غَفُوراً رَحيماً
"Dan Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (ujung ayat 5).

Memberi ampun atas kesalahan tempo dulu yang telah terlanjur, Maha Penyayang kepada hamba-Nya yang patuh sehingga Dia beri petunjuk jalan yang benar dan langkah yang betul.

Berkenaan dengan ayat-ayat yang tengah kita tafsirkan ini teri­ngatlah kita menyalinkan suatu kejadian ketika Rasulullah mengerjakan 'Umratul Qadhaa di tahun ke tujuh, karena tidak jadi di tahun keenam, lantaran membuat perjanjian dengan kaum Quraisy di Hudai­biyah.

Dalam perjalanan pulang dari Mekkah menuju Madinah, menu­rutlah dari bekalang Nabi dan sahabat-sahabat seorang gadis kecil. Anak itu adalah anak yatim, anak dari "Sayyidusy Syuhadaa"', Hamzah bin Abdil Muththalib, paman Nabi dan saudara sepersusuan dengan Nabi.

Karena di waktu kecilnya dia sama-sama disusukan dengan Nabi oleh pembantu rumah tangga Abu lahab, salah seorang saudara tertua dari Hamzah dan paman pula dari Nabi.

Anak perempuan kecil itu memanggil-manggil dari belakang, minta dibawa serta; Dia berseru-seru: "Ya 'Ammi, Ya 'Ammi". (Hai paman, hai paman!),

Lalu 'Ali bin Abi Thalib mendekati anak itu dan dia berkata kepada isterinya Fathimah binti Muhammad: "Bawa dia. Sebab dia adalah anak dari paman kau". Lalu anak itu dibawa oleh Fathimah.

Tetapi ada tiga orang yang berada di sana waktu itu, yaitu 'Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Haritsah dan Ja'far bin Abi Thalib. Ketiganya sama ingin hendak memelihara dan membesarkan anak itu. Semua mengeluarkan alasan. 'Ali berkata: "Aku lebih berhak. Sebab dia anak perempuan pamanku!"

Zaid bin Haritsah berkata: "Aku lebih berhak, sebab dia anak saudaraku".
Sebab di antara Hamzah dengan Zaid dipersaudarakan oleh Rasulullah dikala mulai hijrah ke Madinah.

Lalu berkata Ja'far bin Abi Thalib: "Dia anak perempuan dari pamanku, dan khalah-nya (saudara perempuan dari ibunya) adalah isteriku". Yang dimaksudnya ialah Asmaa bin 'Umais. Isteri Hamzah adalah kakak kandung dari Asma' bin 'Umais.

Ketiganya lalu meminta keputusan.kepada Rasulullah saw. Maka beliau memutuskan bahwa Ja'far bin Abi Thalib-lah yang akan meme­lihara anak perempuan Hamzah itu, sebab isteri Ja'far, Asma' binti 'Umais adalah saudara kandung ibunya.

Nabi bersabda:
"Saudara perempuan ibu adalah menempati tempat ibu".

Kepada 'Ali bin Abi Thalib beliau berkata: "Engkau dari diriku dan aku dari diri engkau".
Kepada Ja'far bin Abi Thalib beliau berkata:"Engkau serupa benar dengan daku, baik dari pihak bentuk badan ataupun dari pihak bentuk budi".
Kepada Zaid bin Haritsah beliau berkata: "Engkau adalah sauda­ra kami dan maula kami".

Beliau mendasarkan ucapan beliau kepada Zaid itu ialah kepada ayat Al-Qutan tadi bahawa mereka adalah saudara-saudara kamu dan maula-maula kamu".

Dengan demikian beliau telah dapat mendamaikan orang-orang yang berselisih dengar, memuaskan hati masing-masing, dan gadis kecil itu beliau serahkan kepada yang lebih berhak, iaitu adik dari ibu kandungnya, yang disebut khaalah-nya.

BERSAMBUNG

NASYID: ya akhi....

Nasyid: ZATMU YANG MAHA SUCI

SURAH AL-MULK (rakaman di studio)